4 Jenis 'Parenting Styles' dan Kesannya Kepada Anak

      Pembahagian jenis-jenis Parenting Styles ini telah diasaskan oleh seorang ahli psikologi perkembangan bernama Diana Baumrind melalui pemerhatian beliau terhadap perlakuan kanak-kanak pra sekolah. Selepas melanjutkan kajian dan mejalankan temuramah dengan kanak-kanak dan ibu bapa, beliau mendapati kelakuan kanak-kanak bersangkut paut dengan cara bagaimana ibu bapa mereka membesarkan mereka. Kajian ini kemudiannya dilanjutkan oleh Maccoby dan Martin pada tahun 1983 dan kemudiannya telah mengkelaskan parenting styles kepada empat jenis. Berikut adalah 4 jenis parenting styles dan kesannya kepada anak.

Illustration by Joshua Seong. © Verywell, 2018

1. Authoritative

Ciri-ciri:

  • Rutin harian yang tetap dan berstruktur seperti waktu tidur mestilah sebelum pukul 10 malam, peraturan-peraturan di dalam rumah yang mesti dipatuhi seperti makan di dapur dan waktu menonton televisyen tidak lebih daripada 2jam sehari.
  • Peraturan yang ditetapkan bersesuaian dengan usia dan kemampuan anak-anak.
  • Hukuman yang berpatutan dengan usia dan tahap kematangan anak.
  • Hubungan anak dan ibubapa mesra dan anak mudah meluahkan perasaan kepada ibubapa.

Kesan terhadap anak:

  • Anak kelihatan gembira bila bersama ibubapa.
  • Anak lebih berdikari dan yakin berdepan dengan orang ramai.
  • Kurang bermasalah dalam perlakuan.
  • Kesihatan mental yang baik, tiada masalah tekanan perasaan dan kemurungan.

2. Authoritarian

Ciri-ciri:

  • Peraturan-peraturan dan rutin harian yang membebankan dan tidak sesuai dengan usia anak.
  • Tegas dengan anak-anak tanpa ada toleransi.
  • Membuat keputusan untuk hampir semua perkara tanpa mengira kehendak dan pilihan anak-anak.
  • Sukar menunjukkan kasih sayang di hadapan anak-anak.

Kesan terhadap anak:

  • Berasa tidak selamat dan ragu-ragu dengan keputusan sendiri.
  • Kurang kemahiran bersosial.
  • Kurang berdikari.
  • Kurang keyakinan diri.

3. Permissive

Ciri-ciri:

  • Tiada peraturan untuk anak-anak atau peraturan tidak konsisten.
  • Sentiasa mencari jalan untuk mengelak dari konflik dengan anak.
  • Selalu memberi ganjaran atau hadiah supaya anak berkelakuan baik.
  • Tidak suka mengecewakan anak dan risau jika anak membenci ibubapa.

Kesan terhadap anak:

  • Sukar mendengar arahan dan mematuhi peraturan.
  • Cenderung bersikap pentingkan diri.
  • Kurang berdisiplin.
  • Kurang kemahiran sosial dengan rakan sebaya atau orang lain.

4. Neglectful

Ciri-ciri:

  • Menghabiskan masa yang lama di luar rumah.
  • Kurang meluangkan masa bersama anak-anak atau sibuk dengan urusan lain.
  • Tidak atau kurang mengetahui apa-apa informasi mengenai kehidupan peribadi anak seperti nama guru dan rakan baik anak, keputusan peperiksaan dan hobi anak.
  • Tidak melibatkan diri dalam aktiviti dengan anak melainkan di dalam rumah.

Kesan terhadap anak:

  • Berasa rendah diri kerana tidak mendapat sokongan daripada ibubapa.
  • Kurang kemahiran sosial dengan orang ramai terutamanya rakan sebaya.
  • Takut untuk mencuba sesuatu yang baharu.
  • Tidak pandai mengatur emosi.
     Di antara 4 kaedah didikan ini, authoritative adalah kaedah didikan yang terbaik yang disarankan oleh pakar. Walaubagaimanapun, kajian yang lebih mendalam oleh beberapa pengkaji lain mendapati cara didikan ibu bapa tidak sepenuhnya mencorak kelakuan seorang kanak-kanak. Terdapat beberapa faktor lain lagi yang menyumbang kepada pembentukan mereka seperti sokongan rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain, masyarakat sekitar dan suasana sekolah juga dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

     Malah, sikap semulajadi kanak-kanak itu sendiri adakalanya mendorong ibu bapa untuk mendidik dengan cara yang dirasakan sesuai untuk anak-anak mereka. Dengan ilmu yang betul, ibu bapa boleh merangsang anak secara optimum mengikut kaedah didikan masing-masing. 


Sumber rujukan : 

  1. 4 Parenting Styles: Characteristics and Effects                         (https://www.parentingforbrain.com)
  2. Types of Parenting Styles and How to Identify Yours                           (https://my.vanderbilt.edu)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 Kemahiran Asas Yang Perlu Anak Anda Tahu Sebelum Masuk Tadika

Tips Merawat Chicken Pox di Rumah Supaya Cepat Sembuh