6 Kemahiran Asas Yang Perlu Anak Anda Tahu Sebelum Masuk Tadika
Sekolah merupakan satu persekitaran baru buat kanak-kanak. Ia adalah tempat di mana seorang kanak-kanak mula untuk belajar secara formal, belajar untuk berinteraksi dengan orang lain dan membina kemahiran bersosial. Sebelum mendaftarkan anak-anak ke tadika, ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mempunyai beberapa pengetahuan dan kemahiran asas berikut:
Banyak aktiviti di tadika yang memerlukan kanak-kanak menggunakan pensel atau pensel warna seperti aktiviti pra penulisan, mewarna dan melukis. Jadi, biasakan anak-anak memegang pensel dan ajar cara memegang yang betul. Perbanyakkan permainan yang merangsang otot halus dan juga otot kasar anak-anak supaya mereka mahir menggunakan pensel dan tidak mudah letih apabila ada aktiviti penulisan serta mewarna. Selain memegang pensel, kemahiran menggunakan gunting juga amat penting bagi kanak-kanak.
Kemahiran bahasa amat penting sebelum kanak-kanak memulakan sesi persekolahan. Ini termasuklah boleh bertutur dengan baik dan boleh difahami, menggunakan perkataan yang sesuai untuk meminta atau memerlukan sesuatu dan boleh memahami arahan mudah. Pastikan juga anak-anak tahu nama penuh dan umur mereka.
1. Mahir menggunakan tandas
Kebanyakan tadika meletakkan syarat kepada kanak-kanak yang mendaftar ke tadika supaya mahir menggunakan tandas. Ini adalah sangat penting bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu dan berjalan dengan tenang. Ini termasuk juga kanak-kanak tersebut tahu membasuh alat sulit sendiri, 'flush' mangkuk tandas dan mencuci tangan selepas selesai.
2. Menguruskan diri
Antara kemahiran asas menguruskan diri yang perlu seorang kanak-kanak tahu ialah makan dan minum sendiri tanpa bantuan daripada orang dewasa. Apabila anak-anak sudah mencapai umur yang sepatutnya, ibu bapa harus menggalakkan anak-anak untuk makan sendiri sama ada menggunakan tangan atau sudu. Selain itu, amat penting bagi seorang kanak-kanak untuk mahir membuka dan memakai kasut serta membuka dan memakai pakaian terutama yang berzip atau berbutang.3. Menggunakan alat tulis dengan betul

4. Pengetahuan asas akademik
Walaupun ia akan diajar di tadika, tidak salah jika ibu bapa membiasakan anak-anak dengan pengetahuan asas akademik seperti nama huruf-huruf dan juga bunyinya, mengenali nombor 1 hingga 10 dan menghitung, warna-warna asas (merah, biru, kuning,hijau) dan juga bentuk-bentuk asas (segiempat, segitiga, bulat, segitiga). Ini akan membantu anak-anak lebih yakin untuk memulakan sesi pembelajaran di dalam kelas dan tidak ketinggalan.
5. Kemahiran bahasa

Comments
Post a Comment