6 Kemahiran Asas Yang Perlu Anak Anda Tahu Sebelum Masuk Tadika

Sekolah merupakan satu persekitaran baru buat kanak-kanak. Ia adalah tempat di mana seorang kanak-kanak mula untuk belajar secara formal, belajar untuk berinteraksi dengan orang lain dan membina kemahiran bersosial. Sebelum mendaftarkan anak-anak ke tadika, ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mempunyai beberapa pengetahuan dan kemahiran asas berikut: 1. Mahir menggunakan tandas Kebanyakan tadika meletakkan syarat kepada kanak-kanak yang mendaftar ke tadika supaya mahir menggunakan tandas. Ini adalah sangat penting bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu dan berjalan dengan tenang. Ini termasuk juga kanak-kanak tersebut tahu membasuh alat sulit sendiri, 'flush' mangkuk tandas dan mencuci tangan selepas selesai. 2. Menguruskan diri Antara kemahiran asas menguruskan diri yang perlu seorang kanak-kanak tahu ialah makan dan minum sendiri tanpa bantuan daripada orang dewasa. Apabila anak-anak sudah mencapai umur yang sepatutnya, ibu bapa harus ...