Tips Merawat Chicken Pox di Rumah Supaya Cepat Sembuh

Beberapa hari yang lepas, beberapa pelajar di Tadika Kasih Khalifah telah dijangkiti virus 'chicken pox'.  Kebiasaannya, apabila telah disahkan doktor bahawa seseorang itu telah dijangkiti 'chicken pox', pesakit perlu di rawat di rumah sahaja. Di sini kami nak kogsikan sedikit tips untuk ibu bapa merawat 'chicken pox' di rumah.




Photo from pinterest.com





  1. Selain makan ubat demam yang telah dipreskripsi oleh doktor, kaedah sponging dapat membantu menurunkan suhu badan anak supaya tidak terlalu tinggi. Kerapkan sponging supaya suhu cepat turun.
  2. Untuk mengurangkan kegatalan pada lepuhan, sapukan calamine lotion dengan kerap diatas lepuhan. Mandikan anak anda dengan air sejuk yang dicampurkan baking soda atau mil oat yang belum dimasak.
  3. Kurangkan menggaru dibahagian lepuhan supaya virus tidak merebak kepada orang lain dan persekitaran dan untuk mengelakkan jangkitan bakteria di bahagian lepuhan.
  4. Pastikan kuku anak pendek dan jika perlu pakaikan mitten atau sarung tangan untuk mengelakkan anak menggaru terlalu kuat dibahagian lepuhan.
  5. Lepuhan di bahagian dalam mulut menyukarkan anak anda untuk makan. Sediakan makan yang lembut dan kurang masin supaya mudah untuk ditelan dan tidak menyakitkan bahagian yang melepuh. Smoothie buah-buahan/sayuran juga sangat baik untuk anak-anak yang kurang selera makan supaya tidak kekurangan khasiat.
  6. Pastikan anak anda minum air dengan kuantiti yang banyak untuk mengelakkan daripada terdehidrasi.
  7. Elakkan daripada membawa anak anda ke tempat awam sehingga benar-benar sihat dan lepuhan sudah kering bagi mengelakkan virus tersebar kepada orang lain. 


sumber: 
www.mayoclinic.org
www.cdc.gov



Comments

Popular posts from this blog

4 Jenis 'Parenting Styles' dan Kesannya Kepada Anak

6 Kemahiran Asas Yang Perlu Anak Anda Tahu Sebelum Masuk Tadika