Posts

Showing posts with the label tadika

Market Day 2019

Image
Setiap tahun, Tadika Kasih Khalifah akan mengadakan aktiviti yang diberi nama Market Day. Market Day ialah aktiviti tahunan wajib bagi setiap cawangan Little Caliphs. Tujuan Market Day diadakan ialah untuk: 1. Mendedahkan para pelajar kepada bidang perniagaan dan keusahawanan. 2. Memupuk minat dan mencungkil bakat terhadap bidang perniagaan, keusahawanan dan penyediaan makanan. 3. Memperkasakan kemahiran bahasa dan komunikasi. 4. Mendedahkan anak-anak dengan aplikasi kehidupan harian dan kemahiran berjual-beli. 5. Mendidik diri untuk berusaha sedaya upaya 6.  Memperkasakan kemahiran sosial seperti bekerjasama dan tolong-menolong. Untuk tahun 2019, Tadika Kasih Khalifah memilih tema Food Truck.

6 Kemahiran Asas Yang Perlu Anak Anda Tahu Sebelum Masuk Tadika

Image
Sekolah merupakan satu persekitaran baru buat kanak-kanak. Ia adalah tempat di mana seorang kanak-kanak mula untuk belajar secara formal, belajar untuk berinteraksi dengan orang lain dan membina kemahiran bersosial. Sebelum mendaftarkan anak-anak ke tadika, ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mempunyai beberapa pengetahuan dan kemahiran asas berikut: 1. Mahir menggunakan tandas Kebanyakan tadika meletakkan syarat kepada kanak-kanak yang mendaftar ke tadika supaya mahir menggunakan tandas. Ini adalah sangat penting bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu dan berjalan dengan tenang. Ini termasuk juga kanak-kanak tersebut tahu membasuh alat sulit sendiri, 'flush' mangkuk tandas dan mencuci tangan selepas selesai.  2. Menguruskan diri Antara kemahiran asas menguruskan diri yang perlu seorang kanak-kanak tahu ialah makan dan minum sendiri tanpa bantuan daripada orang dewasa. Apabila anak-anak sudah mencapai umur yang sepatutnya, ibu bapa harus ...