4 Jenis 'Parenting Styles' dan Kesannya Kepada Anak

Pembahagian jenis-jenis Parenting Styles ini telah diasaskan oleh seorang ahli psikologi perkembangan bernama Diana Baumrind melalui pemerhatian beliau terhadap perlakuan kanak-kanak pra sekolah. Selepas melanjutkan kajian dan mejalankan temuramah dengan kanak-kanak dan ibu bapa, beliau mendapati kelakuan kanak-kanak bersangkut paut dengan cara bagaimana ibu bapa mereka membesarkan mereka. Kajian ini kemudiannya dilanjutkan oleh Maccoby dan Martin pada tahun 1983 dan kemudiannya telah mengkelaskan parenting styles kepada empat jenis. Berikut adalah 4 jenis parenting styles dan kesannya kepada anak. Illustration by Joshua Seong. © Verywell, 2018 1. Authoritative Ciri-ciri: Rutin harian yang tetap dan berstruktur seperti waktu tidur mestilah sebelum pukul 10 malam, peraturan-peraturan di dalam rumah yang mesti dipatuhi seperti makan di dapur dan waktu menonton televisyen tidak lebih daripada 2jam sehari. Peraturan yang ditetapkan bers...