Market Day 2019
Setiap tahun, Tadika Kasih Khalifah akan mengadakan aktiviti yang diberi nama Market Day. Market Day ialah aktiviti tahunan wajib bagi setiap cawangan Little Caliphs. Tujuan Market Day diadakan ialah untuk: 1. Mendedahkan para pelajar kepada bidang perniagaan dan keusahawanan. 2. Memupuk minat dan mencungkil bakat terhadap bidang perniagaan, keusahawanan dan penyediaan makanan. 3. Memperkasakan kemahiran bahasa dan komunikasi. 4. Mendedahkan anak-anak dengan aplikasi kehidupan harian dan kemahiran berjual-beli. 5. Mendidik diri untuk berusaha sedaya upaya 6. Memperkasakan kemahiran sosial seperti bekerjasama dan tolong-menolong. Untuk tahun 2019, Tadika Kasih Khalifah memilih tema Food Truck.