Posts

Showing posts from August, 2019

6 Kelebihan Hari 'Arafah

Image
Hari 'Arafah yang jatuh pada tanggal 9 Zulhijjah merupakan hari penting bagi umat Islam. Sama ada yang mengerjakan haji atau tidak, hari 'Arafah merupakan hari yang besar maknanya. Antara kelebihan-kelebihan hari 'Arafah adalah : 1. Haji adalah 'Arafah Ia adalah sebahagian besar daripada haji. Tanpa hari Arafah tidak sempurnalah Haji. Daripada Abdul Rahman bin Ya’mar, bahawa Nabi - sallalLahu ‘alayhi wa sallam - bersabda: الحَجُّ عَرَفَةُ Maksudnya: “Haji adalah Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (814)] 2. Hari penyaksian terhadap Allah Dalam satu hadith, “Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia di Arafah daripada zuriat yang berada dalam tulang belakang Nabi Adam, dan mengeluarkan zuriat itu dihadapannya seperti biji-bijian, kemudian Allah berkata kepada mereka dengan firmanNya, “Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab : Benar (Engkaulah Tuhan kami) kami menjadi saksi”, yang demikian itu supaya kamu tidak berkata pada hari