Posts

Showing posts from February, 2019

Tips Merawat Chicken Pox di Rumah Supaya Cepat Sembuh

Image
Beberapa hari yang lepas, beberapa pelajar di Tadika Kasih Khalifah telah dijangkiti virus 'chicken pox'.  Kebiasaannya, apabila telah disahkan doktor bahawa seseorang itu telah dijangkiti 'chicken pox', pesakit perlu di rawat di rumah sahaja. Di sini kami nak kogsikan sedikit tips untuk ibu bapa merawat 'chicken pox' di rumah. Photo from pinterest.com Selain makan ubat demam yang telah dipreskripsi oleh doktor, kaedah sponging dapat membantu menurunkan suhu badan anak supaya tidak terlalu tinggi. Kerapkan sponging  supaya suhu cepat turun. Untuk mengurangkan kegatalan pada lepuhan, sapukan calamine lotion  dengan kerap diatas lepuhan. Mandikan anak anda dengan air sejuk yang dicampurkan baking soda  atau mil oat yang belum dimasak. Kurangkan menggaru dibahagian lepuhan supaya virus tidak merebak kepada orang lain dan persekitaran dan untuk mengelakkan jangkitan bakteria di bahagian lepuhan. Pastikan kuku anak pendek dan jika perlu pakaikan m

Fast Reading Technique (FRT) Seminar 2019

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tadika Kasih Khalifah telah mengadakan Fast Reading Technique Seminar untuk tahun 2019 pada 21 Januari 2019 yang lepas. FRT 2019 kali ini bertempat di Auditorium Perpustakaan UNITEN dan menggabungkan 2 buah franchise Little Caliphs yang lain iaitu Tadika Khalifah Kecil dari Bandar Baru Bangi dan Tadika Bahtera Khalifah dari Seri Kembangan. Speaker yang dijemput untuk mengemudi FRT 2019 kali ini ialah Puan Zaleha binti Abdul Hamid dari Tadika Khalifah Kecil. Alhamdulillah, FRT 2019 mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan daripada para ibubapa. Ibu bapa diberi pendedahan bagaimana kaedah mengajar membaca boleh dilakukan melalui permainan. Contoh permainan yang ditunjukkan ialah 'hopsctoch' atau 'teng teng'. Ibu bapa tidak ketinggalan untuk mendapatkan buku Kit Pantas Membaca dari Chico dan Theme Book dari Little Caliphs International Sdn Bhd yang dijual di bahagian luar dewan. Alh